Wednesday, September 9, 2009

PoHoN nAn TuA

Allah Taala memang selalu punya rencana-rencana rahsia buat kita. Dengan kuasa Nya, Dia akan selalu memberikan jawapan-jawapan buat kita. Walaupun kadangkala penyelesaianya tak selalu mudah ditelah, namun yakinlah, Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Ketika dititipkan-Nya cubaan buat kita, disaat itu diberikan kita kurnia yang melimpah. Ujian yang diberikan-Nya, bukanlah harga mati, bukanlah suatu hal yang tidak dapat disiasati. Saat Dia memberikan cubaan pada sang pohon, sebenarnya Dia sedang menunda memberikan kemuliaan-Nya, Dia tidak memilih untuk menumbangkannya kerana ada sebab-sebabnya yang hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui-Nya.
Dia sedang menguji kesabaran yang dimilikinya. Sahabat, yakinlah, walau apa pun cubaan yang kita hadapi, adalah bahagian dari rangkai kemuliaan yang sedang dipersiapkan-Nya buat kita, selalunya yang terbaik buat kita. Jangan putus asa, jangan lemah hati. Sesungguhnya Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar....

No comments:

Post a Comment