Monday, May 30, 2011

Bagaimanakah Mengatasi Kelemahan Diri Sendiri

* Ingat, kita semua serupa.
* Ingat, kita masih belum terlambat.
* Ingat, kelemahan adalah perasaan sahaja.
* Ingat, kematangan kitabukanlah sama dengan rakan-rakan yang lain.
* Ingat, ramai orang "kembang petang"-cemerlang lewat.
* Ingat, orang cacat lagikan berjaya. Inikan pula kita yang sempurna.


sumber : Majalah Solusi 27 : Disebalik Pesan Taqwa.

Wednesday, May 18, 2011

Doa penuh pengharapan..


Ya Allah, padaMu aku memohon, padaMu jualah aku berserah...

Ya Allah, aku jatuh cinta!!


Ya Allah Ya Tuhan ku, telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini..
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik, yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,
maka permudahkan lah urusanku..permudahkan urusan dia dan permudahkan lah urusan kami berdua..
Ya Allah, Ya Rahman..
Ya Allah, Ya rahim..
Lindungi imanku Ya Allah,
Lindungi iman dia Ya Allah,
dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini,
Amiinn Ya Rabbal alamiinn.....

Thursday, February 10, 2011

Monday, November 29, 2010

universiti kehidupan

perjalanan dalam mengutip rintik-rintik yang bernama ilmu dalam universiti kehidupan dunia kurasakan begitu panjang..ujiannya tak mudah. kadang-kala terlalu perit untuk mempelajari sesuatu yang mudah.Jauh sekali beza nya dengan universiti apa pun kat seluruh negara. klu belajar dimana2, baca buku, sedikit amali untuk tempoh tertentu, jawab exam dah boleh grad.. "universiti" yang bernama "kehidupan" ini lain pula halnya..

Monday, January 18, 2010

kenduri kawen..

Sejak akhir2 ni ramai kwn2 ku yang kawin.. em, mgkin dari dulu ramai yang kawin.. tp jiwa aku agak sensitive sejak akhir2 ini. Majlis perkahwinan sudah sinonim dengan hari bahagia. Bahagiakah?? Saat memikirkan ajal, baru lah aku faham, segalanya sudah ketentuan Tuhan.. segalanya telah ditentukan!! Sebagaimana kematian, kita sedikit pun tak tahu, bila ia akan berlaku, bagaimana ia berlaku dan semua urusan yang berkaitan dengan nya pasti ada asbab atau sesuatu yang menyebabkan ia berlaku. Padahal ia telah ditetapkan Allah. Begitu juga dengan jodoh.. kita boleh saja bercouple dengan ramai orang, memurahkan diri, memainkan perasaan siapa2 pn.. menanam sejuta harapan.. tp segalanya sudah ditentukan Tuhan. Dan kita sedikit pn tak tahu tentang ketentuan itu. Ada org yang tak sempat kawin krn beberapa jam sebelum pernikahan kemalangan dan meninggal, ada org yang sempat berkahwin untuk beberapa jam sahaja.. meninggal, bercerai atau bermacam-macam sebab lagi. Ada orang yang langsung tak pernah bercinta, tidak saling mgenali hati budi, tidak berfikir pun untuk kawin, tiba2 kawin atas arahan ibu bapa..

Aku manusia biasa, tidak lari dari keinginan untuk disayangi dan menyayangi.. Jodoh ku???

P/S: Tahniah untuk kawan2 yang sudah berkahwin.. Alhamdulillah... bertemu jodohnya..

Tuesday, December 15, 2009

kosong..

Adakalanya diri ini terasa kosong.. tidak sedih. tidak juga gembira.. usaha demi usaha yang dilakukan masih belum jua menunjukkan perubahan. aku masih belum berputus asa.. kerna aku tahu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Aku bersyukur dengan apa yang aku punya hari ini. segalanya tidak ternilai. tapi aku seperti tidak sanggup seandainya amanah ini terpaksa dipulangkan kembali..aku bimbang jika saat ia dikembalikan, ia jauh lbh teruk, punah, tidak sesempurna saat mula2 ia dipinjamkan dulu..

".... Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kam, ampunilah kami,dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami....."
surah al-baqarah, ayt 286