Monday, January 18, 2010

kenduri kawen..

Sejak akhir2 ni ramai kwn2 ku yang kawin.. em, mgkin dari dulu ramai yang kawin.. tp jiwa aku agak sensitive sejak akhir2 ini. Majlis perkahwinan sudah sinonim dengan hari bahagia. Bahagiakah?? Saat memikirkan ajal, baru lah aku faham, segalanya sudah ketentuan Tuhan.. segalanya telah ditentukan!! Sebagaimana kematian, kita sedikit pun tak tahu, bila ia akan berlaku, bagaimana ia berlaku dan semua urusan yang berkaitan dengan nya pasti ada asbab atau sesuatu yang menyebabkan ia berlaku. Padahal ia telah ditetapkan Allah. Begitu juga dengan jodoh.. kita boleh saja bercouple dengan ramai orang, memurahkan diri, memainkan perasaan siapa2 pn.. menanam sejuta harapan.. tp segalanya sudah ditentukan Tuhan. Dan kita sedikit pn tak tahu tentang ketentuan itu. Ada org yang tak sempat kawin krn beberapa jam sebelum pernikahan kemalangan dan meninggal, ada org yang sempat berkahwin untuk beberapa jam sahaja.. meninggal, bercerai atau bermacam-macam sebab lagi. Ada orang yang langsung tak pernah bercinta, tidak saling mgenali hati budi, tidak berfikir pun untuk kawin, tiba2 kawin atas arahan ibu bapa..

Aku manusia biasa, tidak lari dari keinginan untuk disayangi dan menyayangi.. Jodoh ku???

P/S: Tahniah untuk kawan2 yang sudah berkahwin.. Alhamdulillah... bertemu jodohnya..