Tuesday, December 15, 2009

kosong..

Adakalanya diri ini terasa kosong.. tidak sedih. tidak juga gembira.. usaha demi usaha yang dilakukan masih belum jua menunjukkan perubahan. aku masih belum berputus asa.. kerna aku tahu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Aku bersyukur dengan apa yang aku punya hari ini. segalanya tidak ternilai. tapi aku seperti tidak sanggup seandainya amanah ini terpaksa dipulangkan kembali..aku bimbang jika saat ia dikembalikan, ia jauh lbh teruk, punah, tidak sesempurna saat mula2 ia dipinjamkan dulu..

".... Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kam, ampunilah kami,dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami....."
surah al-baqarah, ayt 286

Tuesday, November 24, 2009

IQ test

Just take the IQ test just now...
hmm.. look like i need to do something to sharpen my mind..

Lewis Terman (1916) developed the original notion of IQ and proposed this scale for
classifying IQ scores:


Over 140 - Genius or near genius
120 - 140 - Very superior intelligence
110 - 119 - Superior intelligence
90 - 109 - Normal or average intelligence
80 - 89 - Dullnes
70 - 79 - Borderline deficiency
Under 70 - Definite feeble-mindedness

Sunday, November 22, 2009

Monday, November 9, 2009

duhai seketul darah

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa? Ya, dengan ikhlas!

Friday, October 2, 2009

Warkah buat bakal suamiku..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Salam Sejahtera buat calon suamiku,
Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.


Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨
(Ar-Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah mama dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...”
(Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1)


Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.

Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!

Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam
Bakal Zaujahmu….



.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...



p/s : warkah ini aku jumpa dr internet. Walau apapun, inilah jua harapanku sebenarnya.

Wednesday, September 23, 2009

Anugerah Allah tak ternilai..

Aku Mencintai NYA..

Apakah jihad terbesar? jihad melawan nafsu ....
terkadang kte xdpt nk bezakan antara nafsu dan keperluan....
cinta itu nikmat, nikmat itu ujian

emm.. itulh yg aku terbaca dlm forum iluvislam.com. Bla pk2, btl jg… cinta itu hny hak selepas kawin... kalu x, apsal adam dn hawa dinikahkan dlu sblm meneruskan hubungan slps bertemu padahal mereka bdua saje manusia dlm syurga... ternyata nikah itu bkn sekadar lafaz ijab kabul... ia mempunyai bbpe tujuan yg ALLAH kehendaki...

lihatlah ALLAH sentiasa menguji hamba2NYA... mmg hebat dugaan hati ni... hny ALLAH saje yg tau... terkadang ble mengadu pd ALLAH, huh susah nk citer btp hati ini sgt menaruh hrpn pd org yg lum blum bsedia mgemudi sebuah lautan kehidupan dengan kapal rumahtangga... xde sape tempat mengadu... emm, kdg2 tpk juga.. bsediakh aku?? Sanggupkah aku memikul tjawab seorg istri?? Huhhh, ssh nk jaga hati ni.. tp hati kte, kte sdiri yg mdidiknye... nabi kan dh ckp, dlm diri manusia tu ade seketul daging... pandai2 lah smbung... so hati sgt memainkan peranan penting..

masyaALLAH hati ini sgt unik... terkadang ble hati menguasai sepenuhnya maka kekadang tu pkara x elok mjd elok.. contohnya bgayut, bsms... terkadang kte tlupe adakah ia suatu keperluan atau kehendak nafsu... tepuk dada tny iman... pcayalah syaitan sntiasa mgoda anak cucu adam...

aku yg slalu ingatkan kwn2 pun tkadang susah nk kawal hati sdiri... marila kte sibukkan hati kte pd pkara yg ALLAH redha sbb hati yg kosong mudah terisi pkara yg lagha... skali lg kte gune hadis nabi ttg seketul daging bnama hati tu...

soal jodoh ni, pyh nak ckp.. aku yakin Allah dah tentukan segalanya, tp aku juga kna berusha demi masa dpn aku, br aku berserah n tawakkal..
bila renung2 mcm ni, br la aku sdar sbnrnye kte ni makhluk yg lemah dn diberi ujian yg hebat tp aku pcaya ALLAH sntiasa bsama dgn org2 yg sabar... .Aku bserah pd ALLAH... calon dh ade tp lum tentu lg slg lum kawin,.. kalu bkn nk wat camner.. kte dh usaha then ALLAH menentukan... kekadang slalu ingatkan hati ni.. jgnlah ikutkan perasaan wahai hati... ALLAH nk menguji ni... bertahan yer... kalu lum mampu lg better sbnrnyer jgn nk mcari lg... susah nti... tp dah tcari so... mmm...


ni sket tejemahan an-nisa'
27: Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.
28. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.


mari sesame kte muhasabah dri dn cek betulke ape yg kte buat slm ini...Moga Allah permudahkan segalanya...

Wednesday, September 9, 2009

PoHoN nAn TuA

Allah Taala memang selalu punya rencana-rencana rahsia buat kita. Dengan kuasa Nya, Dia akan selalu memberikan jawapan-jawapan buat kita. Walaupun kadangkala penyelesaianya tak selalu mudah ditelah, namun yakinlah, Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Ketika dititipkan-Nya cubaan buat kita, disaat itu diberikan kita kurnia yang melimpah. Ujian yang diberikan-Nya, bukanlah harga mati, bukanlah suatu hal yang tidak dapat disiasati. Saat Dia memberikan cubaan pada sang pohon, sebenarnya Dia sedang menunda memberikan kemuliaan-Nya, Dia tidak memilih untuk menumbangkannya kerana ada sebab-sebabnya yang hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui-Nya.
Dia sedang menguji kesabaran yang dimilikinya. Sahabat, yakinlah, walau apa pun cubaan yang kita hadapi, adalah bahagian dari rangkai kemuliaan yang sedang dipersiapkan-Nya buat kita, selalunya yang terbaik buat kita. Jangan putus asa, jangan lemah hati. Sesungguhnya Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar....

Sunday, September 6, 2009

kek raya.. huhu

blaja wat kek choclate ngan rehan.. sonang yo zaman skrg ni, semua da siap tggal nak gaul je.. ni la hasil kek coklat aku. nampak macam sedapkan..? nyummy2..


ramadhan

Allamdulillah, sempat juga aku bertemu dengan ramadhan kali ini.. ust kata dalam tazkirah, ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya makfirah dan pangakirannya kebebasan.. skrg kita d pertengahan.. moga aku terus istiqamah sampai ke penghujung dan sampai bila2.. hajat hati aku nak khatam kan Al-Quran sblm syawal.. tercapai ke tidak ntah hasrat aku tu.. makin hujung2 nak abis ni makin liat plak aku baca.. nak salahkan syaitan katanya dia dh kena ikat, emm, salah aku sendiri la ni.. apa pn aku blm berputus asa, InsyaAllah...